Perniagaan internet kini kian kreatif dan pelbagai. Terdapat begitu banyak pilihan dan cara yang boleh dimanfaatkan dalam perniagaan internet. Bukan saja melibatkan penjualan jual beli barangan, tetapi juga melibatkan perniagaan jual beli laman web dan blog. Jual beli laman web dan blog ini biasanya dilakukan kepada laman web dan blog yang mempunyai jumlah rating tertinggi. Semakin ramai yang memasukki laman web atau blog berkenaan semakin tinggi nilaianya. Contohnya laman web jual beli seperti www.ebay.com dan www.alibaba.com
Kini terdapat beberapa pengendali blog yang mengelolakan blog dengan baik bagi tujuan mendapatkan kemasukkan pengguna internet yang tinggi dengan tujuan untuk menjual blognya. Jika ada pembeli atau pengguna yang tertarik dengan blognya pemilik blog akan menjualnya berdasarkan harga yang dipersetujui. Ia boleh dijual dengan harga yang tinggi kerana pembeli atau pengguna boleh terus menggunakan blog tersebut selepas jual beli selesai, kerana ia telah menjadi hak milik pembeli atau pengguna yang baru.
Kini terdapat beberapa pengendali blog yang mengelolakan blog dengan baik bagi tujuan mendapatkan kemasukkan pengguna internet yang tinggi dengan tujuan untuk menjual blognya. Jika ada pembeli atau pengguna yang tertarik dengan blognya pemilik blog akan menjualnya berdasarkan harga yang dipersetujui. Ia boleh dijual dengan harga yang tinggi kerana pembeli atau pengguna boleh terus menggunakan blog tersebut selepas jual beli selesai, kerana ia telah menjadi hak milik pembeli atau pengguna yang baru.
Penjualan blog lebih mudah jika dibandingkan dengan menjual laman web yang domainnya berbayar atau percuma. Blog boleh dijual terus oleh pemiliknya kerana ianya mempunyai pelayanan ‘permission’ yang tujuan asalnya hanya sebagai fasiliti tambahan bagi sesebuah blog untuk di pindahmilik. Pemindahan boleh dibuat terus kepada pemilik baru dan pemilik lama tidak bertanggungjawab lagi kepada blog tersebut. Urusan kendalian dan kemaskini blog tersebut akan di uruskan oleh pemilik baru.
Adakah cara pemindahan ini sah. Secara peribadi saya merasakan ianya tidak menjadi kesalahan kerana pemindahan dibuat antara pemilek dan pembeli. Setakat ini saya belum tahu apakah ini dilegalkan atau tidak oleh pihak Blogger. Bagaimana jika pihak Blogger mengetahui hal ini? Bagi rakan-rakan yang mengetahui hal ini mohon bagi pandangan dan saranan atau maklumat tambahan bagi membantu rakan-rakan yang ingin menjual blognya.
Apa yang saya nyatakan ini adalah sebagai satu peluang atau cara untuk mendapat pendapatan berdasarkan kebolehan pengendali blok. Itu pun jika tidak menjadi masalah dan kesalahan di pihak blogger. Mungkin cara ini juga boleh digunakan pakai oleh pengendali blog yang mempunyai banyak blog untuk di pindahkan kepada pemilik atau rakan-rakan.
Panduan dan cara pemindahan adalah seperti berikut;-
1. Pergi ke menu setting terus ke permission. Pergi ke Blog Authors masukkan account e.mail pembeli (ali@gmail.com). Kemudian klik account e.mail pembeli dan tekan invite.
2. Setelah kita melakukan invite, maka pihak pembeli akan mendapatkan link pengesahan pada e-mailnya. Setelah melakukan klik pada link tersebut, akan muncul halaman untuk menerima invitation. Kemudian klik Accept Invitation.
3. Setelah hal di atas dilakukan, maka pihak pembeli akan mendapatkan status hak pemindahan. Ini belum memberikan hak penuh kerana belum ada akses untuk Layout.Untuk mendapatkan akses ini pihak pemunya/penjual perlu memberi kata laluan untuk menjadi Admin.
4. Pemilik/penjual kena melakukan klik pada link grant admin privileges. Setelah melakukan hal di atas maka akan muncul pengesahan di bawahnya dan klik Grant Admin Privileges sekali lagi.
5. Dengan adanya pemberian hak admin, pihak pembeli telah memiliki akses penuh terhadap blog yang akan dijual. Hal ini ditandakan dengan adanya akses untuk Layout. Setelah pihak pembeli mendapatkan akses penuh dari pemilik/penjual.
6. Maka pihak penjual kena menghapuskan haknya keatas blog yang dijual. Ianya boleh dilakukan dengan melakukan klik pada link remove yang teletak di baris kedua. Setelah melakukan remove selanjutnya akan muncul pengesahan untuk ini. kemudian klik Remove Blog Member.
7. Dengan langkah terakhir di atas proses pemindahan blog pun selesai. Notes :Setelah semua langkah di atas dilakukan, pihak penjual tidak akan menemukan blognya di dashboard. Proses ini tidak akan menghilangkan posting yang ada sebelumnya.
catatan ini diubah sesuai berdasarkan catatan asal yang terdapat di laman web www.indragunawan.net . catatan lengkap terdapat dilaman web berkenaan

No comments:
Post a Comment